Monday, June 21, 2010

~..Cahaya Cinta..~

membisu sahaja tatkala melontar kata ada hati yang teruja mengandaikan erti tersenyum menghulur salam tidak untuk nestapa impian dan nyata bukan mudah meraih bahagia rinduku.. bagai debu ditiup angin melayang mencari sang bunga mungkinkah kau tahu hatiku bergetar...???
hatiku bergetar ku amati bunga di celahan kalbu ku dapati sekuntum bunga rindu tersepit di situ duhai rindu... dimana pepohon induk mu? bagaimana datang kemari tiba-tiba sahaja muncul di sini apakah gugur melayang dibawa bayu atau terbisik di angin lalu? di angin lalu terangkai indah berbunga rindu tertanam sepi mula bersemi hati yang mahu tahu arah kemana cinta pergi cinta itu semakin dalam rindu dan rasa sayang dan rindu sangat... ingin mengapai cintanya nyata yang diharapkan sering keliru... sering keliru tanpa rupa tanpa wajah rasa bolehkan berpindah? berdiri aku di cermin hati menyeru rindu datang kemari tiada siapa yang terbayang di situ hanya aku bertambah keliru rindu yang satu masih menjeling memalu mengukir senyuman hanya sekeping halimunan yang tiada bertuan apa salahnya memperkenalkan dirimu... ~from princess with luv~

No comments: