Tuesday, January 4, 2011

Hatiku...

wahai hati tatkala kau sendirian,
ada yang hadir memujukmu...

wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan,
ada yang datang menggembirakanmu...

wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan,
ada yang rapat menenangkanmu...

wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan,
ada yang berlari mendakapmu...

wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran,
ada yang menyinari mencerahkan...

wahai hati yang bercinta teruskanlah menangis,
kerana dalam tangisan ada yang manis jadi senyuman...

wahai pemilik hati Ya Allah..
aku hanya insan biasa yang mencintaiMu,
suburkanlah, siramilah, balutilah, selimutilah, hati ini......

No comments: